Penjagaan Pantang Premium, Di Keselesaan Rumah Anda

Seni Penjagaan Pantang Anda

Penjagaan ibu dan bayi yang profesional, penuh perhatian dan mengikut keperluan anda.

Mengapa Pantang Gold

Mengapa pilih Pantang Gold?

01

CL Bertauliah

Bertauliah, berpengalaman dan bekerja mengikut SOP.

02

Pakej Fleksibel

Disesuaikan mengikut keperluan setiap ibu.

03

Penjagaan Teliti

Setiap keperluan ibu dan bayi dijaga dengan rapi.

04

Di Keselesaan Rumah

Rawatan pantang di rumah anda sendiri.

05

Liputan Luas

Seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan di seluruh negara.

06

Sentiasa Bersedia

Walaupun anda bersalin lebih awal atau lewat daripada jangkaan.

Nikmati waktu berpantang dengan lebih tenang, dengan penjagaan ibu dan bayi yang profesional, penuh perhatian dan mengikut keperluan anda.

Pantang Gold office

Tentang Kami

Setiap ibu berhak pulih dengan tenang

Di Pantang Gold Confinement Care, setiap ibu berhak melalui tempoh pemulihan dengan selesa dan tenang.

Pasukan CL kami membantu menjaga keperluan ibu dan bayi, daripada rawatan tradisional, penjagaan bayi dan penyediaan makanan pantang hingga sokongan harian di rumah.

5000+
Ibu berpuas hati
5
pilihan pakej
16
negeri & wilayah persekutuan
0
ringgit caj pengangkutan

Sehari Bersama CL

Penjagaan yang mengikut rentak anda

Semua minyak, herba dan peralatan disediakan oleh kami.

Pagi

Mandian & tuam bayi

Si kecil dimandikan, diurut dan dituam dengan lembut.

Lewat pagi

Urutan & bertungku

Urutan seluruh badan, bertungku, param dan bengkung untuk ibu.

Tengah hari

Masakan pantang

Juadah pantang berkhasiat dimasak segar di dapur anda.

Petang

Ibu berehat, kami mengemas

Pakaian dibasuh dan dilipat, rumah kekal kemas dan tenang sementara ibu berehat.

Malam · Stay-In

Masa berharga bersama

Dengan Stay-In, CL sentiasa berdekatan hingga 8 malam sementara ibu menikmati masa bersama si kecil.

Biar Pantang Gold menguruskan selebihnya dengan sentuhan premium dan penuh kasih. Tempah slot anda lebih awal.

Rawatan Kami

Setiap rawatan, dibuat dengan teliti

Semua minyak, herba dan peralatan disediakan oleh kami.

    Pakej Kami

    Pilih Pakej Mengikut Keperluan Anda

    Nikmati pilihan pakej fleksibel daripada 3 hingga 44 hari, direka khas untuk memenuhi keperluan ibu dan bayi sepanjang tempoh berpantang.

    Pakej Makanan Pantang

    Hidangan Pantang Segar Setiap Hari

    Menu seimbang yang dimasak segar setiap hari untuk menyokong pemulihan ibu sepanjang berpantang. Tambah sebagai pakej tambahan semasa membuat tempahan.

    Menu Mingguan

      Cara Tempahan

      Empat langkah mudah

      i

      Semak kekosongan

      Masukkan tarikh jangkaan bersalin dan lokasi anda untuk semak CL yang tersedia, sebaiknya 3 bulan sebelum EDD.

      ii

      Isi butiran

      Pilih pakej dan isi butiran anda: nama, alamat, tarikh jangkaan bersalin dan jenis kelahiran.

      iii

      Sahkan dengan deposit

      Bayar deposit RM100 secara online untuk mengesahkan tempahan dan CL anda.

      iv

      Maklumkan di labour room

      Maklumkan kepada kami sebaik anda masuk labour room, supaya CL kami standby dan bersedia untuk datang.

      Kenali CL Kami

      Terlatih, Bertauliah & Penuh Dedikasi

      Setiap CL Pantang Gold berpengalaman, terlatih serta mempunyai sijil kemahiran yang diiktiraf. Mereka komited memberikan penjagaan ibu dan bayi dengan penuh kasih, teliti dan mengikut SOP Pantang Gold.

      Semak Ketersediaan CL

      Tempah CL Anda Lebih Awal

      Slot CL Pantang Gold sering ditempah beberapa bulan lebih awal. Masukkan tarikh jangkaan bersalin dan lokasi anda untuk menyemak ketersediaan CL di kawasan berdekatan.

      • CL Berpengalaman & Bertauliah
      • Pilihan Pakej yang Fleksibel
      • Sahkan Slot Anda dengan Deposit Serendah RM100 Sahaja

      Liputan Luas

      Di mana jua anda, kami datang

      Seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Penjagaan pantang premium, terus ke rumah anda.

      Ibu pejabat · Puncak Alam, Selangor

      Testimoni

      Disayangi para ibu

      PUREHERBS

      Keperluan pantang, secara semula jadi

      Rangkaian PUREHERBS: produk herba yang sama digunakan oleh CL kami, untuk diteruskan di rumah.

      Persediaan

      Apa kami bawa, apa anda sediakan

      Penyediaan dari pihak kami

      • Minyak urut
      • Batu tungku
      • Bahan lulur
      • Hair serum
      • Daun mandian herba
      • Param pilis & tapel
      • Bahan & peralatan sauna
      • Bahan & peralatan tangas

      Penyediaan dari pelanggan

      • Baldi
      • Barang keperluan bayi
      • Bahan mentah untuk memasak
      • Tempat solat untuk CL (Pakej Stay-Back & Stay-In)
      • Tilam untuk berurut
      • Besin mandi bayi

      Perlu Diketahui

      Terma & Syarat

      Sila baca dengan teliti sebelum membuat tempahan.

      Jadual Bayaran

        1. 01

          Tempah awal

          Tempahan disarankan dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin.

        2. 02

          Deposit tempahan

          Deposit minimum RM100 diperlukan untuk mengesahkan tempahan dan tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat oleh pelanggan.

        3. 03

          Jadual bayaran

          30% sehari sebelum CL tiba; 60% pada hari pertama rawatan; dan baki 10% pada hari terakhir rawatan.

        4. 04

          Skop tugas CL

          CL hanya akan melaksanakan tugas yang termasuk dalam pakej yang ditempah. Perkhidmatan tambahan akan dikenakan caj berasingan.

        5. 05

          Bersalin awal atau lewat

          Pantang Gold akan bersedia dan mengaturkan perkhidmatan sekiranya pelanggan bersalin lebih awal atau lewat daripada tarikh jangkaan, dengan syarat tempahan telah disahkan.

        6. 06

          CL pengganti

          Pantang Gold berhak menyediakan CL pengganti sekiranya berlaku kecemasan, masalah kesihatan atau perkara di luar kawalan.

        7. 07

          Maklumat kesihatan

          Pelanggan wajib memberikan maklumat kesihatan ibu dan bayi dengan lengkap, termasuk komplikasi bersalin, alahan serta arahan doktor.

        8. 08

          Bukan rawatan perubatan

          Rawatan pantang bukan pengganti pemeriksaan atau rawatan perubatan. Rawatan tertentu boleh ditangguhkan sekiranya keadaan ibu atau bayi tidak mengizinkan.

        9. 09

          Pembatalan & penurunan pakej

          Pembatalan atau penurunan pakej selepas perkhidmatan bermula boleh dikenakan caj 15%, selain caj bagi perkhidmatan yang telah diberikan.

        10. 10

          Penangguhan perkhidmatan

          Pantang Gold boleh menangguhkan atau menghentikan perkhidmatan sekiranya bayaran tidak dibuat, keselamatan CL terancam atau pelanggan melanggar terma yang dipersetujui.

        11. 11

          Privasi & persetujuan

          Gambar, video, testimoni dan maklumat pelanggan hanya akan digunakan untuk tujuan promosi selepas mendapat persetujuan.

        12. 12

          Persetujuan terma

          Dengan membuat pembayaran deposit, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat Pantang Gold Confinement Care.

        Soalan Lazim

        Soalan anda, dijawab

        WhatsApp Sekarang

        Penjagaan Pantang Premium, Di Keselesaan Rumah Anda

        Rehat dan fokus pada pemulihan anda

        Biar Pantang Gold menguruskan selebihnya dengan sentuhan premium dan penuh kasih. Tempah slot anda lebih awal.

        WhatsApp Sekarang